Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

📢 UMS JOB FEST 2024 - PELUANG KERJAYA UNTUK ANDA! 📢
 
Kami menjemput semua warga Kota Kinabalu untuk menyertai UMS Job Fest 2024, sebuah acara pencarian kerjaya yang menawarkan peluang menarik untuk masa depan anda!
📅 Tarikh: 6 Disember 2024 (Jumaat)
🕙 Masa: 10 pagi - 4 petang
📍 Lokasi: DKP23, Kompleks Dewan Kuliah Pusat, UMS Kota Kinabalu
 
Apa yang menanti anda?
🎯 Temui pelbagai majikan terkemuka!
🎯 Peluang temu duga secara langsung!
🎯 Hadiah menarik seperti Apple Watch menanti anda dalam sesi cabutan bertuah!
💡 Pra-Pendaftaran Sekarang di: www.umscareerfair.com

📱 Imbas kod QR untuk pendaftaran segera!
 
Jangan lepaskan peluang ini untuk membina kerjaya yang cemerlang! Sertai kami dan rebut peluang anda!
 
#UMSJobFest2024 #KerjayaUntukSemua #UMSKotaKinabalu #MasaDepanAndaBermulaDiSini

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
PROSEDUR PENYEDIAAN DAN FORMAT LAPORAN TEKNIKAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2024
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Format Laporan Teknikal UMS dan Prosedur Penyediaan Laporan Teknikal UMS telah diluluskan serta disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Dan Inovasi Bil. 5/2024 (Kali Ke-114) yang bersidang pada 17hb Oktober 2024. 
 
Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik Dekan / Pengarah / Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah adalah diperlukan untuk memanjangkan hebahan ini kepada semua kakitangan akademik masing-masing. 

Disertakan Format Laporan Teknikal UMS sebagai rujukan.
 
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan

 

🎪KARNIVAL USAHAWAN MAHASISWA UMS SEMPENA HARI KANAK-KANAK BORNEO 2024🎪
 
Jom memeriahkan Karnival Usahawan Mahasiswa UMS sempena Hari Kanak-Kanak Borneo 2024.
 
🗓️ Tarikh: 02-03 Disember 2024 (Isnin & Selasa)
⏰Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
📍Tempat: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), UMS
 
📣Terbuka kepada semua warga UMS, kanak-kanak, ibu bapa, guru dan orang awam.📣
 
Apa yang Menanti Anda?
 
🥪 Pelbagai Gerai Makanan
🎭 Persembahan Drama & Teater Kanak-Kanak
🎙️ Bengkel dan Ceramah
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
🖼️ Aktiviti Interaktif Kanak-Kanak 
🎤 Persembahan Pelajar
 
Dan pelbagai lagi aktiviti interaktif dan menarik menanti anda!
 
Mata SDP diberikan kepada pelajar UMS✨
 
📞UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Sila hubungi Cik Eva Vanessa Vellra (010-2934595) 
 
Jangan lepaskan peluang ini!
 
Jumpa anda di sana!