Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE HARI BERTEMU PELANGGAN PUSAT PERKHIDMATAN DAN PENYELIDIKAN HALAL (PPPH), FSMP, UMS
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Uiversiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 28 November 2024 (Khamis)
Masa : 8 pagi - 1 petang
Tempat : Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP)
 
Trak makanan juga tersedia! Semua dijemput hadir.
 
Antara kaunter yang dibuka adalah:-
 
✅Kaunter Kursus Latihan Halal
✅Kaunter Kursus Latihan Pengendali Makanan
✅Kaunter Kursus Jaminan Keselamatan Makanan
✅Kaunter Kursus Pendek Penghasilan Makanan
✅Kaunter Penyelidikan dan Khidmat Rundingan
 
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi;
 
Puan Nurshada Binti Ramdin
📞014-9523152
Encik Fadhil bin Nanun
📞 016-8069717
Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan & Hospital UMS

 

 

Sempena dengan ulang tahun UMS yang ke-30 tahun, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan kerjasama Hospital UMS mengadakan Karnival Perubatan UMS pada 25 November 2024 - 30 November 2024.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT, 
Salam UMS Bertekad Cemerlang dan Salam Malaysia Madani.
 
Pusat Islam UMS mempelawa Penggerai yang berminat untuk menyertai Program Bazar Jumaat yang akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat di pekarangan Bangunan Masjid UMS.
 
Terbuka kepada semua pengusaha Penggerai di seluruh Kota Kinabalu, Sabah.
 
Terhad 10 Penggerai;
  • Makanan
  • Pakaian
  • Lain-lain Jualan
🗓 Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2024 (Sabtu)
🕌 Tempat Sewaan: Pekarangan Bangunan Masjid UMS
 
Hubungi:
En. Mohd Zakri Mainang: