PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN PENCALONAN/PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI BAHARU BAGI JARINGAN SAINTIS MUDA-AKADEMI SAINS MALAYSIA (YSN-ASM) TAHUN 2017
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Sains Malaysia (ASM) ingin menjemput kesemua saintis muda  termasuk dari Gugusan Sains Sosial yang berumur 40 tahun dan ke bawah untuk mengemukakan pencalonan / permohonan bagi menjadi ahli baharu Jaringan Saintis Muda-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM) Tahun 2017.
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, semua pencalonan adalah tertakluk kepada proses penilaian oleh Jawatankuasa Pemilihan ASM pada penghujung bulan Jun 2017 dan pemohon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi emel pada pertengahan bulan Julai 2017. Semua ahli baharu dijangka akan menghadiri Penganugerahan Keahlian menerusi Kolokium YSN-ASM 2017 yang akan diadakan pada bulan Disember 2017.
 
Sehubungan itu, semua pemohon adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan secara atas talian melalui laman, www.mytopscientists.org. Surat sokongan yang terperinci daripada Pengarah, Penasihat, Mentor atau Penyelia juga diperlukan dan semua pencalonan/permohonan hendaklah dikemukakan pada 31 Mei 2017 (Rabu). Disertakan bersama ialah ringkasan kriteria pemilihan dan ringkasan arahan berkenaan tatacara bagi memohon keahlian YSN-ASM untuk perhatian dan rujukan Y.Bhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak ASM (u.p.: En. Hendy Putra) di talian telefon 03-6203 0633 atau melalui emel, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Y.Bhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan juga bolehlah melayari laman web YSN-ASM di alamat URL, www.ysn-asm.org.my.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK: MAKLUMAN LIPUTAN PERKHIDMATAN CAPAIAN WIRELESS UNIVERSITI
 
Sukacita dimaklumkan pemasangan access point baharu bagi menaiktaraf dan integrasi perkhidmatan wireless Universiti sedia ada telah siap dijalankan. Capaian wireless Universiti kini adalah merangkumi 100% liputan dalam bangunan bagi setiap J/F/P/I/U seperti berikut:
 
1. Bilik Kuliah.
2. Bilik Tutorial.
3. Makmal.
4. Bilik Seminar.
5. Dewan Kuliah.
6. Bilik Mesyuarat.
7. Pejabat.
8. Ruang Legar.
 
Ringkasan liputan perkhidmatan wireless universiti mengikut bangunan adalah seperti lampiran.
Kerjasama semua pihak di dalam memberi maklumbalas berkenaan prestasi perkhidmatan di atas amat kami alu-alukan.
 
Maklumbalas boleh dimajukan ke :
1. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
2. Whatsapp : 0109320234
3. Helpdesk : Sambungan 613100/3888
 
Perhatian diberikan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Subjek
: Kenyataan Lelongan Aset Alih Jabatan Hal Ehwal Pelajar
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan.
 
Dimaklumkan  bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan jualan lelong aset alih seperti berikut:
 
Tarikh
: 17 Februari 2017 ( Jumaat )
Masa
: 8.30 am - 11.30 am
Tempat
: Dewan Kolej Kediaman Tun Mustapha, Dewan Kolej Kediaman Tun Fuad & Rumah Pengetua Kolej Kediaman Kingfisher
 
Dengan ini, dilampirkan senarai harga dan barang yang akan dilelong.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Seksyen Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada
: Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Iklan Kekosongan Bagi Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah
 
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti ini dengan mengemukakan:
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2017 (Khamis) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
 
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Format CV (.pdf)
 
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.