Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
Subjek
: Makluman Permohonan Penyelidikan Bagi Smart Partnership Initiative For Polar Research Di Antara UMS Dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Smart Partnership Initiative for Polar Research di antara UMS dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah dibuka. Smart Partnership Initiative tersebut adalah merangkumi geran penyelidikan, skim felowship dan stesen penyelidikan Berth Support to British Antarctic Survey (BAS).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengemukakan kertas cadangan mengikut format YPASM, dan mengemukakan kertas cadangan tersebut kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 20 Februari 2017 (Isnin).
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah melayari laman rasmi YPASM (www.ypasm.my).
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BIL 2/3/4 TAHUN 2017
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR:
  1. BIL. 2 TAHUN 2017: PELAKSANAAN DASAR BERKURSUS TUJUH HARI SETAHUN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  2. BIL. 3 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN KEURUSETIAAN MESYUARAT UTAMA FAKULTI, PUSAT DAN INSTITUT DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  3. BIL. 4 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN KEURUSETIAAN PIHAK BERKUASA UNIVERSITI
 
​Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 2, 3 dan 4 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.