Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
Pekeliling Pendaftar Bilangan 8 Tahun 2016: Markah Pemberat Bagi Kakitangan Akademik Dan Kumpulan Pentadbir Akademik Di UMS
 
Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 8 TAHUN 2016: MARKAH PEMBERAT BAGI KAKITANGAN AKADEMIK DAN KUMPULAN PENTADBIR AKADEMIK DI UMS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 8 Tahun 2016 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
TALIB ABDULLAH SHANI
Ketua
Bahagian Pentadbiran & Governan
Jabatan Pendaftar
b.p. Pendaftar
 

PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT PRESTASI DAN SARAAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: MAKLUMAT PENYELIDIKAN, PERSIDANGAN DAN PENERBITAN DALAM SISTEM E-LNPT PERLU DIISI MELALUI SISTEM MAKLUMAT PENYELIDIKAN
 
Bermula daripada tahun 2016, sumber maklumat dalam sistem LNPT Akademik seperti Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan PERLU diisi melalui Sistem Maklumat Penyelidikan (http://ppi.ums.edu.my). Ini adalah kerana segala maklumat berkenaan akan ditarik daripada Sistem Maklumat Penyelidikan tersebut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Sistem Maklumat Penyelidikan boleh menghubungi En. Mohd Aiddy Suffian Abd. Rashid (samb. 1347), manakala Sistem e-LNPT Akademik sila hubungi Pn. Nurazean Sheir (samb. 1360) atau Pn. Sabiah Bansai (samb. 1173).
Sekian, harap maklum.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Profesor Negara (MPN) telah membangunkan laman sesawang sebagai portal rasmi MPN. Laman sesawang ini mengandungi maklumat korporat dan aktiviti MPN, maklumat kluster dan projek khas nasional serta MPN Chapter Universiti. Selain itu, senarai ahli MPN yang terdiri daripada para profesor mengikut universiti, kluster dan projek khas nasional turut disenaraikan dalam laman sesawang ini sebagai rujukan kepakaran kepada umum. 

 

Laman sesawang MPN boleh dicapai di pautan seperti di bawah: 

                                  http://majlisprofesor.my/index.php?lang=ms 
 

Sekian. 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Makluman Permohonan Pelekat Kenderaan Kakitangan Secara Atas Talian
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH SAMB. 5144 / 016-588 8290
: PUAN MARLIANA JOHN SAMB. 1783 / 014-993 7978
 
MAKLUMAN PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KAKITANGAN SECARA ONLINE BAGI TAHUN 2017
 
Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Selaras dengan konsep Ecocampus, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan akan menjual pelekat kenderaan untuk kakitangan bermula 15 Disember 2016 secara atas talian (online).
 
Semua kakitangan universiti perlu membuat permohonan baru secara online untuk mendaftarkan maklumat kenderaan sekiranya maklumat kenderaan tidak wujud dalam permohonan lanjutan.
 
Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan MANUAL SISTEM PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN untuk rujukan dan tindakan pihak Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Permohonan secara manual (walk in application) masih berjalan seperti biasa di Bangunan Bahagian Keselamatan.
 
Waktu operasi Kaunter Pelekat dan Saman bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Sabtu). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.