Pengumuman Daripada
: Seksyen Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)
Kepada
: Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C (VK7) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti mempelawa kakitangan akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dengan mengisi CV Online melalui https://hronline.ums.edu.my (Permohonan Kenaikan Pangkat) bermula pada 08 Disember 2016  (Khamis)
 
3. Bersama ini dilampirkan iklan jawatan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Februari 2017 (Selasa).
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS
Subjek
: Mini Furniture Fair 2016
 
Sukacitanya, pelajar-pelajar Tahun Tiga Program Teknologi dan Industri Kayu (HY11) Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains dan Sumber Alam akan mengadakan Mini Furniture Fair 2016 pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 13 Disember 2016 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Foyer Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains dan Sumber Alam
 
Hadiah-hadiah menarik akan menanti pemenang untuk Chainsaw Master dan Keychain Colouring. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Brosur Mini Furniture Fair 2016 seperti yang dilampirkan.
 
Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.