Pengumuman Daripada
: Unit Penerbitan UMS
Subjek
: Jemputan Menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016 (MAPIM) - Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)
 
Assalamualaikum  & Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 
 
Tarikh
14 – 18 Disember 2016

Tempat
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
 
Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
  1. Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
  2. Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
  3. Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
  4. Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 
 
Setiap penggerai yang mengambil bahagian juga diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai program ini.
 
Bersama ini dilampirkan borang penyertaan. Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diemail dengan kadar yang segera untuk mengesahkan kehadiran kepada secretariat.yAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks ke 03-20786101. Penyertaan adalah percuma sahaja.
 
Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
 
1. Pn. Maznah Awang
    Tel : 012-652 4501
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
2. Pn. Rushanim Rushdi
    Tel : 019-311 8801
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI (CICN)
SUBJEK: JEMPUTAN KE "THE PROSPECTS OF THE DIGITAL ECONOMY FORUM"
 
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
Y.Bhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN) akan menganjurkan forum bertajuk “THE PROSPECTS OF THE DIGITAL ECONOMY” yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
            Tarikh            :           5 Disember 2016 (Isnin)
            Masa              :           1.00 petang – 5.00 petang
            Tempat          :           Klagan 2 & 3, Ballroom, Level 3
                                                The Klagan Regency Hotel, 1Borneo Hypermall
                                                Kota Kinabalu
 
Sehubungan itu, Y.Bhg Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk turut serta dalam sesi forum ini. Aturcara bagi sesi forum ini adalah seperti di lampiran.
 
Sebarang pertanyaan lanjut/RSVP,  boleh menghubungi kami di talian 088-320000 samb. 612502 (Cik Asnezah Ag Abas) atau 612207 (Puan Aliana Amin).
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: HEBAHAN PROGRAM SYMBIOSIS 3.0 OLEH MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION (MTDC)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) menjemput YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk  menyertai Program Symbiosis 3.0.
 
Program Symbiosis 3.0, atau dikenali sebagai Program Keusahawanan Graduan MTDC merupakan platform bagi mengkomersilkan hasil penyelidikan dan pembangunan universiti dan institusi penyelidikan tempatan melalui syarikat startup yang diterajui dan dimiliki oleh graduan.
 
Bersama ini dilampirkan maklumat program Symbiosis 3.0 untuk rujukan lanjut  pihak YBrs. Prof. /Dr. /Tuan / Puan.
 
Borang pendaftaran boleh didapati daripada Urusetia; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan perkara ini juga boleh diajukan terus kepada Cik Audrey Rose Andrew, samb. 1039.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI) Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
SUBJEK: MAKLUMAN PERMOHONAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM CLMV (KEMBOJA, LAO PDR, MYANMAR DAN VIETNAM)
PEGAWAI DIHUBUNGI: URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB: 1034/4146/1065
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Projek Penyelidikan Impak Pelaksanaan Program CLMV (Kemboja, Lao PDR, Myanmar dan Vietnam) telah dibuka dan tarikh tutup penghantaran permohonan kepada PPI ialah pada 13 Disember 2016 (Selasa).
 
Sehubungan itu, disertakan bersama ialah garis panduan dan borang kertas cadangan bagi Program CLMV tersebut untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.