PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK)
SUBJEK: PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER HELPDESK JTMK
 
Perkhidmatan Helpdesk JTMK akan ditutup sementara pada 23 November 2016 sehingga 29 November 2016, akan dibuka semula pada 29 November 2016. Bagi memberi laluan kepada Konvokesyen UMS ke 18. Walaubagaimana pun talian Helpdesk boleh dihubungi melalui:
  • http://aset.ums.edu.my/myserv
  • Whatsapp 0109320234
  • Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • 613100/ 3888
 

PENGUMUMAN DARIPADA : SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK :  HEBAHAN SLAID PEMBENTANGAN TAKLIMAT GERAN OLEH MALAYSIAN TECHNOLOGY DEVELOPMENT CORPORATION (MTDC)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) telah mengadakan satu taklimat mengenai jenis-jenis dana yang ditawarkan oleh MTDC pada 16 November 2016 lalu bertempat di Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).
 
Bersama ini dilampirkan slaid pembentangan bagi taklimat tersebut untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UMS
SUBJEK: UCAPAN TERIMA KASIH DAN PERKONGSIAN BAHASA PERANCIS
Assalammualaikum/ Bonjour.
Persatuan Kakitangan Akademik UMS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah  datang berkopi-kopi bersama bahasa Perancis.
MERCI BEAUCOUP / TERIMA KASIH
Salam perkenalan Mudah dalam bahasa Perancis
Sebutan sukukata bahasa Perancis di Melayukan
Makna
 
Bonjour !
 
Bon ju
 
Salam (hari yang baik)
Je m’appelles Tan.
Je ma pel Tan
Nama saya Tan.
Et toi ?
# é  tua (Et toi)  (E dalam ET  - dibunyikan é seperti dalam leksis ekor = e/kor).  Et dibunyikan é   sahaja,  t tidak dibunyikan;
toi (tua [a/ dibunyikan seperti dalam leksis a/yam = ayam).
É tua ?
Dan awak ?
Comment tu t’appelles ?
komo tu ta pel ?
Siapa nama awak ?
Tu habites où ?
Tu abit  ? [où ] dibunyikan  seperti u dalam leksis ‘Untuk’ = /ntuk
Awak tinggal di mana ?
Et toi ?
# é tua
Dan awak ?
J’habite à Kota Kinabalu.
Jabit à Kota Kinabalu (à disebut seperti huruf pertama a dalam leksis A/yam [ayam]
Saya tinggal di Kota Kinabalu.
Enchanté !
On shon teh
Salam perkenalan.
Merci.
Mé (r) si
Terima kasih.
Au revoir.
O re vua
Jumpa lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MERCI BEAUCOUP / TERIMA KASIH

Bonne continuation/ wish you all the best.

MERCI PERSATUAN KAKITANGAN STAF UMS

Monsieur ABDULLAH Mohd Nor Azan (PhD)

AJK Perkhidmatan dan Libatsama Masyarakat.

Merujuk kepada Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dijangka akan diadakan pada 19 November 2016 (Sabtu) bersama-sama ini dikeluarkan semula Pekeliling Khas Naib Canselor Bil. 1 & Bil. 2 Tahun 2015 seperti berikut:
 

  1. Pekeliling Khas Naib Canselor Berhubung Larangan Penglibatan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Perhimpunan Haram -clickpink
  2. Pekeliling Khas Naib Canselor Berhubung Larangan Penglibatan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Perhimpunan Haram -clickpink 

Semua kakitangan dan pelajar UMS adalah diingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) atau mana-mana  undang-undang bertulis yang lain.

Sekian

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.