PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK: LALUAN SEHALA DAN PEMBUKAAN PINTU KE-DUA UMS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-18  UMS  TAHUN 2016
 
Y.BHG.PROF. DATUK/DATIN/DR/TUAN/PUAN,
 
UNTUK MAKLUMAN Y.BHG.PROF.DATUK/DATIN/DR/TUAN/PUAN, BAHAGIAN KESELAMATAN AKAN MENUTUP BEBERAPA JALANDALAM KAWASAN UNIVERSITI BAGI MELAKSANAKAN SISTEM LALUAN SEHALA YANG BERTUJUAN UNTUK MENGURANGKAN KESESAKAN LALULINTAS SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-18 UMS TAHUN 2016.
 
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PIHAK BAHAGIAN KESELAMATAN MEMOHON AGAR SEMUA PIHAK MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN MEMATUHI PELAN LALUAN SEHALA YANG TELAH DITETAPKAN.
 
SEMUA PENGGUNA KENDERAAN (KECUALI BAS) DI DALAM UNIVERSITI JUGA DINASIHATKAN UNTUK MENGGUNAKAN PINTU KELUAR KEDUA (PILIHAN) BAGI MENGELAKKAN TERPERANGKAP DALAM KESESAKAN LALULINTAS DI PINTU KELUAR UTAMA.
 
BERSAMA-SAMA INI DILAMPIRKAN PELAN LALUAN SEHALA DAN LALUAN PINTU KELUAR KE-DUA UNTUK RUJUKAN Y.BHG.DATUK/DATIN/PROF./DR./TUAN/PUAN.
 
SEBARANG ADUAN KECEMASAN BOLEH DILAPORKAN TERUS KEPADA PUSAT KAWALAN UNIT CCTV DAN KOMUNIKASI BAHAGIAN KESELAMATAN DI TALIAN TERUS 088-320 111 ATAU 088-320 000 SAMBUNGAN 1199.
 
PERHATIAN DAN KERJASAMA PIHAK Y.BHG.PROF. DATUK/DATIN/DR/TUAN/PUAN BERHUBUNG PERKARA INI AMATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.
 
SEKIAN HARAP MAKLUM.

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Makluman Penutupan Sementara Perkhidmatan Kaunter Pelekat dan Saman di Bahagian Keselamatan
Pegawai dihubungi
: Insp/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami akan membuka Kaunter Pelekat dan Saman di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sempena Program Hari Bertemu Pelanggan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni pada 16-17 November 2016.
 
Sehubungan itu, Kaunter Pelekat dan Saman di Bahagian Keselamatan akan ditutup pada tarikh tersebut.
 
Kaunter Pelekat dan Saman akan beroperasi semula seperti sedia kala pada 18 November 2016.
 
Waktu operasi Kaunter Pelekat dan Saman bermula pada jam 8.00 Pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, harap maklum.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Jemputan Ke Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana Oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
 
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana bertajuk “Transformasi Perkhidmatan Awam” yang disampaikan oleh YBhg. Tan Seri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
 
Tarikh
: 22 November 2016 (Selasa)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Dewan Canselor
 
Sehubungan itu, kehadiran Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah DIWAJIBKAN. Sebarang ketidakhadiran perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pendaftar. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL), syarahan tersebut boleh diikuti menerusi Video Conference. Kehadiran pada program ini akan diberikan mata IDP. Bersama ini dilampirkan atur cara program untuk rujukan dan tindakan selanjutnya Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.