PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT LUAR UMS
SUBJEK
: TAKLIMAT PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL) DARIPADA PEGAWAI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menganjurkan Taklimat Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) daripada Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
 
TARIKH: 14 MEI 2016 (SABTU) 
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: DKP 10, DEWAN KULIAH KE-2 UMS 
 
APA ITU APEL?
APEL adalah pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning - APEL). APEL didefinasikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Secara umumnya proses APEL melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman yang boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja suka rela, hobi dan seumpamanya. 
 
KENAPA APEL?
APEL diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada mereka yang memiliki pendidikan formal yang kurang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. APEL menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal. Ini seterusnya akan memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.
 
Berikut adalah kriteria asas yang perlu dipatuhi:
i. Bagi Kemasukan ke Program Peringkat Ijazah Sarjana
Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 30 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat, memiliki sekurang-kurangnya STPM/Diploma/setara dengan pengalaman kerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.
 
ii. Bagi Kemasukan ke Program Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Calon haruslah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan dan lulus penilaian APEL.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.