Pengumuman daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi: Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek: Tempoh Permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 Secara Atas Talian Melalui Sistem Maklumat Penyelidikan dilanjutkan sehingga 23 Mac 2018
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 telah dilanjutkan sehingga 23 Mac 2018.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan iaitu di http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.
 
Disertakan bersama ini Garis Panduan UMSGreat untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor/Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808/613825.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus
Subjek: Program Earth Hour UMS 2018
 
Program Earth Hour UMS 2018 akan dianjurkan pada 24 Mac 2018 (Sabtu); 7.30-9.30pm di Padang Kawad UMS.
 
Program kesedaran awam alam sekitar ini dianjur bersama oleh Jawatankuasa FEE UMS (Pusat Pengurusan EcoCampus) dan MPP UMS untuk warga UMS.