PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK

SUBJEK: MAJLIS PENYERAHAN SIJIL ISO 9001:2008- PROVISION OF EDUCATION SERVICES FOR UNDERGRADUATE PROGRAMMES FOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Majlis Penyerahan Sijil ISO9001:2008 - Provision of Education Services For Undergraduate Programmes For Universiti Malaysia Sabah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: 

            Tarikh            : 06 Jun 2016 ( Isnin)

            Masa              : 8.30-10.00 pagi

            Tempat          : Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori,

                                    Universiti Malaysia Sabah

 

Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK
: MASALAH KEHADIRAN UNTUK 23 HINGGA 27 MEI 2016
 
Sistem E-Attendance mengalami kegagalan untuk memproses data kehadiran untuk tarikh 23 hingga 27 Mei 2016. Pihak kami telah mengenal pasti punca permasalahan dan akan mereset semula data kehadiran untuk tarikh tersebut. Mohon abaikan sebarang pending for reason untuk kehadiran "ABSENT" yang telah di emailkan kepada tuan/puan.
 
Untuk makluman tuan/puan, data kehadiran yang di "punch in" setiap pagi dan "punch out" pada sebelah petang tetap akan di rekodkan ke dalam pangkalan data. Mesin E-Attendance masih menerima dan merekodkan data kehadiran tersebut seperti biasa.
 
Harap Maklum

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK
: KURSUS MOTIVASI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGIKUTI KURSUS MOTIVASI PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TAHUN 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Islam UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kementerian Pertahanan Cawangan Negeri Sabah akan mengadakan kursus motivasi pelajar pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
            Tarikh                        : 1hb-2hb Jun 2016 (Rabu-Khamis)
            Tempat                       : Dewan Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan
            Masa                           : 7.00 Am – 5. 00 Pm
            Yuran Penyertaan     : RM60.00
 
3.         Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua anak-anak kakitangan serta anak-anak masyarakat sekitar Kota Kinabalu yang berumur 11 hingga 19 tahun sahaja. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menggalakkan penyertaan.
 
4.         Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan dan tentatif program tersebut seperti di Lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Yusri Bin Sumin H/P : 010-5063481 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2742.
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga usaha seumpama ini akan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kita di dunia dan akhirat, In Shaa Allah.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
SUBJEK: PELAN DKP 2

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.