PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SUBJEK: HARI TERBUKA ASASI SAINS 2018
ANDA DIJEMPUT HADIR!!! Sekiranya anak-anak anda baru sahaja menerima keputusan SPM atau sedang belajar dalam aliran sains tulen, jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dan menyertai kami di HARI TERBUKA ASASI SAINS UMS 2018.
 
Antara aktiviti menanti anda;-
 
1. Penerangan Kemasukan Ke ASASI, UMS
2. Pameran Akademik
3. Demontrasi Ujikaji Makmal
4. Pameran Projek Fizik
5. Young Scientist Sci-show
6. Cabutan Bertuah
7. Mini Bazaar
 
 
Jumpa anda disana!!!
 
#AUMS
#OpenDayAUMS

PENGUMUMAN DARIPADA:     JABATAN BENDAHARI UMS

SUBJEK :     BAYARAN GAJI KAKITANGAN UMS BAGI BULAN MAC 2018

 
YBhg Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran gaji kakitangan UMS bagi bulan Mac 2018 telah dihantar ke bank untuk dikreditkan ke akaun gaji kakitangan. Gaji bulan Mac 2018 adalah merupakan proses gaji pertama melalui Sistem Maklumat Bersepadu UMS dengan mengambil kira proses migrasi data daripada sistem kewangan SAGA dan sistem HrOnline.
 
Berdasarkan maklumbalas awal, terdapat maklumat penggajian yang perlu semakan semula seperti potongan cukai berjadual (PCB) serta bayaran elaun. Jabatan ini sedang menyemak isu ini bersama-sama Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar serta pihak Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UMS. Kami mengambil serius mengenai perkara ini dan komited untuk menyelesaikannya dengan kadar segera.
 
YBhg Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dialu-alukan untuk turut menyemak slip gaji bulan Mac 2018 melalui Portal Staff UMS di alamat http://staff.ums.edu.my  dengan akses seperti berikut:
Nama pengguna  : nombor kad pengenalan atau pasport
Kata laluan           :  sama seperti emel UMS.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan bayaran serta maklumat penggajian bagi bulan Mac 2018 bolehlah berhubung melalui alamat emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ataupun hotline melalui aplikasi whatsapp di nombor 014-2842933.
 
Sebarang kesulitan berkaitan perkara ini adalah amat dikesali.
 
Sekian, terima kasih