PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI, ARAS 1, BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH

SUBJEK : HEBAHAN PERMOHONAN SKIM GERAN “KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP)” – SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN “ROLLING” KETIGA (2018)

 
YBRS  PROF./PROF. MADYA/DR./TUAN/PUAN,
EDARAN MAKLUMAT BERKENAAN PERMOHONAN GERAN “KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP)” – SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN ROLLING”  KETIGA (2018)  
 
Skim Geran KTP dibuka kepada semua kakitangan akademik UMS mulai 16 Mac 2018 (Jumaat). Kepada kakitangan akademik yang berminat, tuan/puan adalah dipohon untuk mengisi  dan mengemukakan borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan ke pejabat Pusat Jaringan Industri dan Komuniti, UMS pada atau sebelum 6 April 2018 (Jumaat), 3.00 petang.   
 
 
PEGAWAI DIHUBUNGI :
  • ENCIK SUFFIAN M. OSMAN (612 222)
  • PUAN NORLIE MAIL (612 205)

PENGUMUMAN DARIPADA : SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK  : JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI KURSUS JARAK JAUH SECARA ATAS TALIAN (DISTANCE LEARNING) ANJURAN WIPO BAGI TAHUN 2018        

 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai kursus jarak jauh secara atas talian (Distance Learning). Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan hendaklah melengkapkan borang WAJIB di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php. Bagi memudahkan pendaftaran, sila rujuk Lampiran 1 untuk Tatacara Pendaftaran serta Lampiran 2 untuk maklumat berhubung IP Office dan Director of IP Office.
 
Turut dilampirkan Jadual Latihan Distance Learning sebagai rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan . Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
  1. Pegawai TISC Malaysia : Puan Nor Shafiza Md. Isa, Tel: 03-2299 8589 / Cik Ivy Anak Romeo, Tel: 03-2299 8526/ Cik Fazira Pafli, Tel: 03-2299 8802 atau melalui Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb: 613803, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)/ Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb: 613806, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.

Kepada : Warga UMS

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

Subjek: Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(PKKP) bertanggungjawab untuk memaklumkan setiap kakitangan UMS mengenai pernyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terbaharu setelah dikemaskini dan diluluskan oleh pihak berkuasa universiti untuk mengingatkan semua kakitangan iltizam bersama untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. 

Justeru, sebagai tanda mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, setiap JFPIU dimohon untuk mencetak (sekurang-kurangnya saiz A3) dan mempamerkan poster Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS terkini yang bertarikh 18 Jun 2017 di JFPIU masing-masing dan diharap semua kakitangan dapat membaca dan memahami kandungan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS tersebut.