PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR UMS
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR) DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
a)    Borang Permohonan yang lengkap diisi beserta gambar berukuran passport;
b)   Curriculum Vitae (CV) yang terkini beserta dokumen sokongan berkaitan; dan
c)    Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
 
3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Disember 2017 (Jumaat). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:    JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK:    PENGGUNAAN SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA SEPENUHNYA BERKUATKUASA 02 JANUARI 2018
PEGAWAI DIHUBUNGI:    ENCIK MOHD. SAFFUAN YAKUB (088-320000 SAMB. 1143), PUAN ISMANIZA BASRI (088-320000 SAMB. 1457)
 
YBrs. Prof./Tuan/Puan,
 
PENGGUNAAN SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA SEPENUHNYA BERKUATKUASA 02 JANUARI 2018
 
Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa susulan daripada Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 Tahun 2017: Garis Panduan Pengurusan Rekod dan Elektronik Dalam Sistem Elektronik Fail (SEF) Universiti Malaysia Sabah yang telah diedarkan kepada semua Ketua Jabatan menerusi surat bernombor rujukan UMS/PEND2.1/100-1/7/2 Jilid 5 (2) pada 18 September 2017, berkuatkuasa 02 Januari 2018, semua JFPIU di UMS hendaklah menggunakan sepenuhnya SEF dalam pengurusan rekod peringkat dalaman UMS. Panduan dan tatacara penggunaan sistem tersebut boleh diperolehi secara dalam talian menerusi capaian http://eoffice.ums.edu.my/sisef.
 
3.       Sebarang pertanyaan/maklumbalas/cadangan berkaitan sistem tersebut boleh ditujukan kepada pegawai bertanggungjawab seperti berikut:
 
Nama
No.  Samb.
En. Mohd. Saffuan Yakub, Penolong Pendaftar
1143
Pn. Norhanas Lamit, Pegawai Teknologi Maklumat
613102
Pn. Ismaniza Basri, Pembantu Tadbir (P/O)
1457
En. Mohd. Hisyamuddin Bin Jainari, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
613027
 
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA           :           PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                               
PENGUMUMAN KEPADA                :           SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
           
SUBJEK                                            :           BAYARAN INSENTIF ANUGERAH PENYELIDIK UMS (APUMS) BAGI TAHUN 2016
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Untuk makluman, bayaran insentif Anugerah Penyelidik UMS (APUMS) bagi tahun 2016 telah dibuat terus ke akaun gaji YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan. Bayaran insentif yang terlibat adalah bagi penghargaan penerbitan buku dan makalah jurnal seperti berikut:
 
  • Penghargaan Penerbitan Buku
  • Penghargaan Penerbitan Makalah Jurnal Berindeks dan Berfaktor Impak
  • Penghargaan Penerbitan Jurnal Berindeks (Tanpa Faktor Impak)
  • Penghargaan Bab Dalam Buku
 
3.       Senarai penerima anugerah tersebut boleh dirujuk melalui laman web Pusat Penyelidikan dan Inovasi di url berikut: http://www.ums.edu.my/ppi
 
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung dengan Puan Jumawati Catacutan di talian 613811.
 
Sekian, terima kasih.