Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil.1/2018
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 15 Februari 2018 (Khamis).
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Perancangan Mesyuarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bagi Tahun 2018
 
SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
 
PERANCANGAN MESYUARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI TAHUN 2018
 
Dengah segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perancangan Mesyuarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Tahun 2018 adalah seperti yang dilampirkan.
 
3. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, Perancangan Mesyuarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi Tahun 2018 adalah tertakluk kepada perubahan tarikh dari masa ke semasa.
 
4. Sehubungan itu, mohon YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan seliaan  YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, khususnya kepada kakitangan yang masih belum disahkan dalam perkhidamatan bagi memudahkan proses pemberian taraf berpencen dan persaraan kelak.
 
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
 
Sekian.