PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program Dakwah Bil Hal dan Ziarah Kebajikan Saudara Baharu di Kg. Telutu, Pitas pada ketetapan seperti maklumat yang berikut:
 
            Tarikh         : 16 – 18 Mac 2016
            Hari             : Rabu sehingga Jumaat
            Tempat        : Kg. Telutu, Pitas
 
03.     Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan ikhlas daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau kit kelengkapan ibadah dan kit keperluan asas untuk diagihkan kepada saudara baharu tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
 
04.     Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Md Nazrie Petir di talian H/P: 014-8660654 atau No. Pejabat 088-320000 Samb : 2747. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian,
 
جزاكم الله خير الجزاء
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PERPUSTAKAAN
SUBJEK
: BULETIN WHO- ISU MAC 2016
 
BULETIN WHO- ISU MAC 2016
 
Pengguna dihormati,
Berikut adalah isu terkini untuk bulan Mac 2016:
  • Zika:
Interview: developing diagnostic tests for Zika
  • Surgery:
 
Anda kini boleh membaca buletin ini dalam pelbagai format. Jurnal tersebut kini boleh didapati dalam bentuk peranti penerbitan elektronik, Kindle readers dan Digital Accessible Information System (DAISY) digital talking book. 
Sila klik pautan untuk senarai lengkap kandungan Volume 94, Number 3, March, 157-232

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK
: JEMPUTAN KE LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PENYELIDIKAN
 
JEMPUTAN KE LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PENYELIDIKAN
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Selaras keperluan dan KPI universiti yang menyasarkan 420 penerbitan pada tahun 2016, pemantapan penyampaian maklumat, promosi kepakaran pensyarah dan keperluan ranking webometrik (Openness dan Presence), Sistem Maklumat Penyelidikan telah dikembangkan dengan tambahan fungsi seperti berikut :
 
      1.   Pengumpulan maklumat penerbitan secara bersepadu ; dan
      2.   Penyediaan maklumat ke Laman Pensyarah UMS.
 
Semua maklumat ini akan dihantar secara automatik untuk maklumat CV Online dan penilaian tahunan pensyarah bermula tahun 2016.
 
4.   Sehubungan, latihan penggunaan sistem di atas akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :
 
Tarikh
:  Bermula 03 Mac hingga 15 Mac 2016
Masa
:  9:00 Pagi - 4:00 Petang
Tempat
:  Makmal komputer di Fakulti masing-masing
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PEJABAT BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT SEKTOR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pejabat Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar yang pada asalnya berada di Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori Pendaftar telah berpindah ke pejabat:-
 
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
ARAS 3, BLOK SELATAN
BANGUNAN CANSELORI PENDAFTAR
 
Sehubungan itu, segala urusan dan surat menyurat hendaklah menggunakan alamat seperti yang tersebut di atas.
Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.