Pengumuman Daripada
: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Penasihat Undang-Undang Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
 
SEMUA STAF
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Undang-Undang dengan mengemukakan:
a)    Surat permohonan;
b)   Curriculum Vitae (CV);
c)    Borang Permohonan (rujuk lampiran); dan
d)    Dokumen sokongan lain.
 
3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2018 (Jumaat). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
  
MOHD ZAIDIE ADILAI
Ketua
Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar
b.p Pendaftar
 
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Latihan Penggunaan Sistem Tuntutan Elaun Lebih Masa (I-OT)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi latihan penggunaan Sistem Tuntutan Elaun Lebih Masa (I-OT) siri III akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Sesi
Tarikh
Masa
Sesi I
04/01/2018(Khamis)
9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Sesi II
04/01/2018(Khamis)
2.30 Petang - 3.30 Petang
Sesi III
05/01/2018(Jumaat)
9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Sesi IV
05/01/2018(Jumaat)
2.30 Petang - 3.30 Petang
Lokasi : Makmal Komputer 3, Bangunan JTMK
 
Latihan adalah terbuka kepada pemohon tuntutan elaun lebih masa (kakitangan yang bekerja waktu biasa) dan pegawai memperaku dan melulus JFPIU.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas bolehlah dirujuk melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon: 088-320 000 Samb:1380/1435