PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR UMS
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BIL. 14 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PENGURUSAN REKOD ELEKTRONIK DALAM SISTEM ELEKTRONIK FAIL (SEF) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017)
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 14 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
  • 22 September 2017    –   Awal Muharram 1439H  (Jumaat)
 
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  http://library.ums.edu.my
atau ezproxy.ums.edu.my/login

Pengumuman Daripada : Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN  DAN PENDAFTARAN KEMASUKAN

 

(E-RAYUAN)KE IPTA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF

SESI AKADEMIK 2017/2018

 

Dimaklumkan Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan (E-rayuan) Ke IPTA Bagi Lepasan STPM/Setaraf  Sesi Akademik 2017/2017 Bermula 12 September 2017 Jam 12.00 Tengah Hari Melalui Laman Web upu.moe.gov.my.

Semakan Dan Cetakan Surat Tawaran Melalui Laman Sesawang bpa.ums.edu.my/semakanUMS  Bermula 12 September 2015 Jam 12.00 Tengah Hari  Sehingga 15 September 2017 Jam 4.00 Petang

 

Pendaftaran Pelajar Rayuan UMS Kampus Induk (Kota Kinabalu)

Tarikh            : 15 September 2017 (Jumaat)

Masa              : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat         : Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

              UMS Kota Kinabalu.

 

Pendaftaran Pelajar Rayuan UMS Kampus Antarabangsa Labuan

 

Tarikh            : 15 September 2017 (Jumaat)

Masa              : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat         : Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik, Aras 4,

                          Bangunan Menara UMS Kampus Antarabangsa

                          Labuan, W.P. Labuan.

 

Pendaftaran Pelajar Rayuan Fakulti Pertanian Lestari

Tarikh            : 15 September 2017 (Jumaat)

Masa              : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Tempat         : Pejabat Pentadbiran,Bangunan Pentadbiran Fakulti Pertanian Lestari,

           Batu 10 Jalan Sungai Batang , Sandakan Sabah

 

Sekian Dan Harap Maklum.