Pengumuman Daripada
: Bahagian Perhubungan Korporat
Subjek
: Pemakluman Mengibarkan Bendera Malaysia Separuh Tiang
 
Salam Sejahtera 
 
Sebagai tanda hormat dan sembah takziah di atas kemangkatan Almarhum Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu' adzam  Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan  Negeri Kedah Darul Aman.
 
Dipohon agar semua JFPIU mengibarkan Bendera Jalur Gemilang separuh tiang untuk 2 hari mulai hari ini.
 
Sekian dan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: BahagianPentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pendaftar dengan mengemukakan:
 
a)    Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran passport. CV hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut:
i.      Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon;
ii.     Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan yang telah dan sedang disandang;  dan

b)   Kertas cadangan dan Key Performance Indicator (KPI) yang ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar USM.

3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2017 (Isnin). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.