Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

🎓 Peluang Hebat untuk Menyumbang kepada Laporan Keusahawanan Pelajar UMS 2024! 🚀
 
Adakah anda terlibat dalam inovasi dan teknologi?
Atau pernah menang pertandingan pitching/ inovasi atau menerima geran atau pembiayaan?
 
Jom sumbangkan pencapaian anda dan bantu menaikkan nama UMS di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi! 📈
 
📅 Tarikh tutup: 20 September 2024
🔗 Imbas kod QR di bawah untuk sumbang maklumat anda:
 
📌 Kategori 1:
Penglibatan dalam Program Inovasi & Teknologi di dalam atau luar UMS.
📌 Kategori 2:
Pemenang Pertandingan Pitching/Inovasi atau penerima geran/pembiayaan.

Tunjukkan usaha inovatif anda dan sertai dalam kejayaan keusahawanan pelajar UMS! 💡🌟

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim

 

JEMPUTAN KE PROGRAM SANTAI DI PANTAI ODEC UMS
 
Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru dan Keselamatan Maritim UMS menjemput semua warga UMS ke program Santai di Pantai ODEC UMS yang akan diadakan seperti berikut: 
 
Tarikh : 25 September 2024 (Rabu)
Masa  :  9.00 Pagi hingga 6.00 Petang
 
Antara aktiviti menarik menanti anda:
1.    Persembahan kebudayaan dan kesenian (diadakan pada 1.00 Petang) 
2.    Gerai Penjualan: 
✨ Makanan
✨Buah-buahan tempatan 
✨Kuih Tradisi 
✨Ikan Segar
✨Sayur Segar
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 
Hinmin – 010943 8696

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Jom....Tunjukkan bakat anda dalam "Photography"....Hadiah lumayan disediakan oleh Pusat Pengurusan EcoCampus selaku penganjur rasmi pertandingan🌿. Penyertaan bermula dari 11 Sept hingga 04 Okt 2024 dan terhad kepada Pelajar UMS sahaja (Pra dan Pasca)🌿Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk meraih kemenangan dengan kenangan gambar-gambar terbaik tahun 2024 ini.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian dan terima kasih.
 
 

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan
 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para inovator dari Universiti Malaysia Sabah atas kejayaan dalam Pertandingan Carnival Research and Innovation (CRI) 2024 yang telah berlangsung pada 8 dan 9 September 2024 bertempat di Dewan Keusahawanan, Universiti Malaysia Kelantan.

Keputusan:
4 pingat Emas, 1 Perak, dan 3 Anugerah Khas.