Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

KAUNTER PENGEMASKINIAN MAKLUMAT KAKITANGAN DALAM SISTEM HRMIS, JPA
 
Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Data Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar akan membuka kaunter terbuka bagi tujuan pengemaskinian maklumat kakitangan dalam Sistem HRMIS, JPA. Pengemaskinian ini adalah merupakan sebagai persediaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Maklumat kaunter pengemaskinian adalah seperti yang berikut :
 
📆 Tarikh : 11 September 2024 (Rabu)
⏰ Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang 
📍Tempat : Bilik Eupnka, UMSKAL
 
📌SASARAN
•WAJIB kepada kakitangan Gred 20 ke bawah
•Digalakkan untuk semua kakitangan lain
 
📌KEPERLUAN
•Sijil Nikah
•Sijil Lahir Anak
•Salinan Kad Pengenalan
•Sijil Akademik
(hardcopy atau softcopy)

 

Pengumuman Daripada: Sektor Utiliti, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
Mohon kerjasama warga kampus untuk bersama-sama memastikan tiada pembaziran air berlaku yang disebabkan oleh pili paip yang tidak ditutup mahupun sebarang kerosakan berkenaan paip atau sistem flushing semasa bekalan air sedang dipulihkan.
 
Sebarang kerosakan boleh dilaporkan terus ke Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dengan mengimbas kod pada notis ini
 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Canselori
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.
 
Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.
Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:
 
Terima kasih atas maklum balas anda.
 

 

Announcement From: UMS Press

 

YBhg. Datuk/Prof. Assoc. Prof./Dr./Sir/Madam,
 
THE BORNEO JOURNAL OF MEDICAL SCIENCES (BJMS) SEPTEMBER 2024 ISSUE IS NOW PUBLISHED!
 
We are thrilled to announce the successful release of the September 2024 issue (Vol. 18 No. 3 (2024) of the Borneo Journal of Medical Sciences (BJMS), an internationally-disseminated biomedical publication. BJMS provides a scientific platform for communication and research across the globe.
 
This issue features the latest basic and clinical research on medical and health related issues, including original research articles, review articles, case reports and editorial.
 
Don’t miss the opportunity to explore and benefit from this authoritative and relevant scholarly content.
Access the full issue now!
 
Vol. 18 No. 3 (2024): BORNEO JOURNAL OF MEDICAL SCIENCES VOLUME 18, ISSUE 3, SEPT 2024
 
 
Thank you.