Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Chef Cilik pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 19 September 2024 (Khamis)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
 
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera di poster.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput anak-anak kakitangan UMS yang berminat untuk menghadiri Kursus Perintis Sains Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 18 September 2024 (Rabu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
 
Tempat: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
 
Bagi yang berminat, boleh mendaftar hanya dengan mengimbas QR Kod seperti yang tertera di poster.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: 

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri.  Program ini juga bertujuan untuk menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk  penyelidikan dengan menyediakan dana pra pengkomersialan yang melibatkan kerjasama industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta  pemindahan ilmu. 
 
Sehubungan dengan itu, semua Ahli Akademik UMS adalah dipelawa untuk menyertai dan memohon program ini dengan menghantar permohonan ke Pejabat Pusat Pengurusan Penyelidikan atau melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 17 September 2024. Garis Panduan Geran MyLAB boleh dimuat turun melalui laman sesawang Malaysia Greater Research Network (MyGRANTS)  melalui https://mygrants.gov.my
 
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Puan Rohani Binti Hadi (Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 016-803 2554) atau Cik Priscilla Clare Primus (Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / No. Telefon : 014-996 8245) 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dengan kerjasama Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan menganjurkan Seminar Akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 10 September 2024 (Selasa), bertempat di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.
 
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan dan pendedahan berkenaan proses permohonan pengiktirafan Akreditasi daripada Badan Profesional MBOT.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Jabatan Bendahari ingin menjemput semua warga UMS dan orang awam untuk bersama-bersama menghadiri dan memeriahkan Program Singgah Labur anjuran Amanah Saham Nasional Berhad, Cawangan Kota Kinabalu yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 September 2024. Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh dirujuk pada poster di atas. 
 
Sekian & terima kasih.