Graduan FIS rangkul Anugerah Pelajaran Diraja

 

Oleh: Sadianti Osman

KOTA KINABALU – Graduan Fakulti Pengajian Islam (FIS), Mohamad Hilmi Mohd Zalis, 24, berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali ke-23, Sidang 1, kelmarin.

Beliau menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Canselor UMS.

Hilmi berkata, dia berjaya mencatatkan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 dan terpilih menerima anugerah tersebut.

“Saya terkejut dan pada masa yang sama sangat bersyukur apabila menerima makluman berkenaan dengan penganugerahan ini.

“Saya tidak sangka memandangkan terdapat lebih ramai graduan lain yang mempunyai keputusan yang lebih cemerlang,” ujarnya.

Beliau yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anugerah dekan pada setiap semester menyatakan bahawa tips pembelajarannya adalah sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, memohon keberkatan daripada ibu bapa, dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip serta jadual pengajian yang telah ditetapkan.

“Dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan serta para pensyarah yang tidak putus-putus memberikan ilmu pengetahuan dan pandangan bernas menjadi salah satu sebab mengapa saya boleh sampai hingga ke tahap ini.

Hilmi yang merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik dan berasal dari Johor menceritakan beberapa perancangan yang bakal dilakukannya selepas ini iaitu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana secara pembelajaran jarak jauh.

“Sementara menunggu peluang tersebut, saya bekerja di syarikat abang dalam industri perkhidmatan dan bekalan peralatan rumah,” katanya yang juga pernah bertugas di Politeknik Sultan Johor.

Sebagai rekod, seramai 27 graduan FIS menerima ijazah pada majlis ini dan menjadi kumpulan pertama dari fakulti ini yang bergraduat.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.