Minggu Bertemu Pelanggan BPP Strategi Lautan Biru: NC

BPPJUMAAT, 14 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Justeru, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, Minggu Bertemu Pelanggan 2014 anjuran Jabatan Bendahari, Perpustakaan dan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS merupakan langkah yang tepat serta seiring dengan Strategi Lautan Biru yang disarankan kerajaan.

“Melalui penganjuran secara bersama ini, saya yakin ia banyak menjimatkan kos dan masa selain memudahkan pelanggan untuk berurusan tanpa melibatkan banyak birokrasi  khususnya kepada warga UMS dan orang awam,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Terdahulu, Pengerusi penganjur, Zallifah Shadan berkata penganjuran program itu pada tahun ini merupakan penambahbaikan serta titik permulaan kepada perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang mampu mengatasi masalah birokrasi.

“Kami berpendapat penganjuran bersama ini akan mencapai hasil yang lebih baik memandangkan keterlibatan tiga buah jabatan dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri daripada pelajar, kakitangan dan pembekal,” tambahnya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pustakawan, Dayang Rukiah Ag. Amit.

Kerjasama buat julung kalinya oleh tiga jabatan itu antara lain dapat menjadi Pusat Sehenti kepada para pelanggan dan telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan sebanyak 50 peratus berbanding sebelum ini.

Pada program tersebut, Datuk Dr. Harun turut merasmikan penggunaan sistem i-Claim dan i-Perolehan Jabatan Bendahari serta Total Asset Maintenance System (TAMS) JPP. -ZMD
 
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

Foto: Ernest Berinus

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.