Lima Atlet UMS Terima Insentif Hadapi Asean University Games di Thailand

KOTA KINABALU - Seramai lima atlet Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima insentif wang tunai berjumlah RM2,500 bagi mewakili Malaysia dalam Asean University Games (AUG) yang akan berlangsung di Ubon Ratchathani, Thailand pada 24 Julai hingga 7 Ogos 2022. 

Penyerahan insentif berkenaan disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di pejabat beliau di Bangunan Canselori UMS pada Isnin. 

Menurut Taufiq, penyertaan UMS pada AUG merupakan salah satu nilai tambah kepada para mahasiswa dan pihak pengurusan UMS akan sentiasa menyokong serta menggalakkan atlet-atlet UMS untuk terus cenderung dalam aktiviti sukan. 

Katanya, mahasiswa sebagai atlet perlu bijak untuk membahagikan masa agar prestasi sukan dan akademik sentiasa seiringan. 

“Pihak pengurusan universiti sudah pasti berbangga dan mengharapkan atlet yang berasal dari Sabah dan berpotensi dalam sukan akan terus memilih UMS sebagai pilihan utama semasa melengkapkan borang bagi kemasukkan pelajar ke IPT,” katanya. 

Beliau yang ditemui selepas penyerahan insentif tersebut turut menyatakan rasa gembira dengan pelaksanaan program-program anjuran Pusat Sukan UMS dalam membentuk dan mengasah bakat para atlet di UMS.

“Universiti sentiasa menyokong usaha yang dilakukan oleh Pusat Sukan UMS dan Majlis Sukan Universiti khususnya bagi memartabatkan pencapaian sukan kepada para atlet UMS dan secara amnya di Malaysia,” tambahnya. 

Lima atlet UMS iaitu Mohamad Eizlan Dahalan, Aisyah Izzmiah Datu Ahmad, Nur Aishah Rofina Binti Aling, Eugenius Lo Foh Soon dan Mcroyce Donovan Dagul akan mewakili Malaysia dalam acara olahraga, karate dan memanah.

Mohamad Eizlan Dahalan, yang juga pemenang pingat Gangsa bagi acara lompat tinggi di Sukan Sea ke-21 Vietnam baru-baru ini, serta empat lagi atlet tersebut juga merupakan sandaran utama UMS bagi merebut pingat emas di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang akan diadakan pada 12 hingga 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

SUKIPT merupakan kejohanan terbesar Institusi Pengajian Tinggi yang disertai oleh 120 IPT dan IPTS di seluruh negara dan UMS menyasarkan kedudukan di sepuluh teratas carta pada kejohanan itu nanti.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin  dan Pengarah Pusat Sukan UMS, Ahmadi Nurdin.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.