UMS-MUIS tandatangan MoA, kerjasama Pungutan dan Agihan Zakat Harta

 

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini, baru-baru ini.

UMS diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar manakala MUIS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ramlan Awang Ali dan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Zakat, Bahagian Zakat Sabah, Iwansuzairie Hari.

Upacara menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Ketua Menteri Sabah merangkap Pro Canselor UMS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Menurut Kasim, melalui MoA tersebut UMS dilantik sebagai ejen pungutan dan agihan zakat harta bagi pihak MUIS.

“Hasil daripada pungutan zakat berkenaan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar B40 UMS yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

“Pelantikan ini merupakan satu inisiatif yang baik antara UMS dan MUIS di mana potensi untuk kita memungut zakat harta di UMS ini kita yang dapat pungut hampir satu juta setahun,” katanya.

Kasim turut memaklumkan, daripada jumlah yang bakal dipungut, 50 peratus akan digunakan untuk tujuan bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan selebihnya akan dikembalikan kepada pihak MUIS.

“Justeru, diharapkan dengan adanya inisiatif ini, kita akan dapat memperkasakan kapasiti pelajar dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti kehidupan mereka,” katanya.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.