UMS Menang Jumlah Pingat Emas Tertinggi Pada ITEX 2023

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mencipta sejarah dengan memenangi jumlah pingat emas tertinggi di Pameran Inovasi, Penemuan dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023.

UMS membawa 20 inovasi terbaharu ke pertandingan tersebut, menghasilkan 13 pingat emas, enam pingat perak, dan empat anugerah khas.

Menurut kenyataan UMS, kejayaan itu adalah hasil daripada kesungguhan dan latihan yang diilhamkan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly.

“Selain jumlah kutipan pingat yang memberangsangkan, UMS juga memenangi beberapa anugerah khas.

“Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun memenangi Anugerah Produk Inovatif Malaysia (MIPA) dalam kategori Peralatan, Elektronik, Mesin untuk inovasinya yang bertajuk Residual Oil Extractor (ROE).

“Beliau juga memenangi Anugerah Ciptaan Terbaik (Top 3 Grand Winner) untuk produk yang sama,” ujar kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pemenang anugerah khas UMS yang lain termasuk Dr. Norhayati Ayob, yang memenangi Anugerah Ciptaan Terbaik dalam kategori Produk Rumah Tangga bagi inovasi bertajuk Lapohan Artistry.

“Dengan pencapaian yang cemerlang, UMS sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap inovasi dan penyelidikan.

“Tahniah kepada semua pemenang dan UMS atas prestasi luar biasa mereka di ITEX 2023.

“Universiti ini melalui Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (PPIP), akan terus berusaha untuk menterjemahkan anugerah kepada pengkomersialan,” tambah UMS.

Untuk rekod, ITEX merupakan pameran tahunan yang mengumpulkan perekacipta, inovator, dan usahawan teknologi dari seluruh dunia untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Berlangsung pada 11 - 12 Mei 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah pameran terbesar yang seumpamanya di Asia Tenggara.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.