UMS, LSHTM Kerjasama Dalam Penyelidikan Kesihatan Awam

 

LONDON – Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama erat dengan London School of Hygiene & Tropical Medicine (LSHTM).

Kerjasama strategik itu berupaya menjana penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit, kesihatan awam dan kelainan upaya menerusi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UMS dengan LSHTM yang masing-masing diwakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dan Pengarah LHSTM, Profesor Dr Liam Smeeth.

Hadir menyaksikan pertukaran dokumen MoU tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Terdahulu, kedua-dua pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu Pengarah Borneo Medical and Health Research Centre, Profesor Dr Kamruddin Ahmed dan Ketua Sabah Rehabilitation Research and Service Group, Prof Madya Dr Fatimah Ahmedy mengadakan diskusi bersama para penyelidik dari universiti terbabit, Profesor Dr Chris Drakely dan Timbalan Pengarah International Centre for Evidence in Disability LSHTM, Profesor Dr Hannah Kuper.

Diskusi diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Dr Rosalam Sarbatly berhubung kepentingan pelaksanaan penyelidikan dengan komuniti bagi mendapatkan gambaran jelas impak kajian kepada masyarakat setempat, mempergiat usaha mencari solusi terbaik untuk mengurangkan transmisi malaria serta mengkaji akses kepada penjagaan kesihatan, kelainan upaya dan teknologi rehabilitasi di negeri ini

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.