UMS, MyIPO perbaharui jalinan kerjasama MoU program TISC

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi jalinan kerjasama strategik Program Technology and Innovation Support Center (TISC).

Pertukaran dokumen MoU berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS di sini, yang menyaksikan universiti itu diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, manakala MyIPO diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya, Kamal Kormin.

Ia turut disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan wakil daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Ye Min Than.

Pembaharuan MoU itu antara lain bertujuan merangsang budaya inovasi dan perkembangan ekonomi di Malaysia dengan menyediakan fasiliti serta akses maklumat teknologi.

Ia juga bagi memperkukuhkan kapasiti ahli TISC dalam menggunakan dan mengaplikasikan maklumat serta pengetahuan teknologi.

Untuk rekod, UMS sebelum ini menandatangani MoU dengan MyIPO pada tahun 2016 bersama tujuh buah universiti tempatan dan sebuah institusi penyelidikan.

Sehingga kini, lebih 16 institusi mengadakan MoU bagi program TISC.

Antara objektif rangkaian TISC termasuklah menawarkan khidmat carian pangkalan data paten serta sumber maklumat teknikal lain melalui bantuan langsung secara peribadi serta mengenal pasti isu teknikal berkaitan topik perusahaan dan penyelidikan.

Selain itu, ia juga bagi memberikan maklumat state-of-the-art dalam pelbagai bidang teknologi di samping mengambil bahagian dalam aktiviti kesedaran berkaitan hak harta industri, khususnya berkenaan paten serta mengenal pasti peluang-peluang pemindahan teknologi.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun; wakil WIPO, Steve Chaves; Penolong Ketua Pengarah MyIPO; Yusnieza Syarmila Yusoff; Pengarah Kanan MyIPO, Razhuan Hussin; dan Pengarah MyIPO Cawangan Sabah, Asmah Khalid.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.