Projek ‘Miracle on FSSK’ beri manfaat kepada pelajar komunikasi UMS

 

Pelajar Perhubungan Awam, Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melaksanakan Projek Miracle on FSSK di sini, baru-baru ini.

Pengarah projek, Mohammad Afif Hazim berkata, projek tersebut memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu keceriaan, agrosiswa dan kelestarian.

“Matlamat projek keceriaan adalah menaikkan seri di kawasan FSSK. Projek agrosiswa pula memberi fokus kepada penanaman sayur-sayuran secara hidroponik, manakala projek kelestarian bertanggungjawab menyediakan pelekat Sustainable Development Goals (SDG),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selain menceriakan kawasan FSSK, projek itu sekali gus membawa kepada penubuhan zon selesa sebagai ruangan para pelajar untuk merehatkan minda.

“Kami telah membuat satu taman mini healing yang mana pelajar boleh menenangkan fikiran pada sebelum atau selepas kelas diadakan.

“Hasil tuaian tanaman makanan daripada projek agrosiswa pula boleh diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

“Mungkin pada masa akan datang pihak fakulti boleh menyediakan sebuah pantri untuk pelajar memasak,” kata Afif.

Bagi projek kelestarian katanya, ia bertanggungjawab bagi memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan Sustainable Development Goals (SDG).

Selain menyediakan pelekat berkaitan SDG, projek itu turut menyediakan sebuah televisyen di ruang lobi FSSK bertujuan untuk memaparkan sebarang info berkaitan dengan kelestarian.

Seramai 67 pelajar Program Komunikasi UMS telah terlibat dalam melaksanakan keseluruhan projek berkenaan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.