Program Santai Hi-Tea UMS Mampu Wujud Jaringan Kerjasama Sesama Alumni

 

Bagi meraikan semangat cintakan alma mater serta mewujudkan networking yang baik sesama alumni, Pusat Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan majlis Santai Hi-Tea baru-baru ini.

Sejumlah 150 orang alumni yang berada di sekitar Kota Kinabalu hadir pada majlis berkenaan.

Program yang diadakan secara santai bertujuan mewujudkan networking sesama alumni yang hadir walaupun daripada latar belakang kerjaya pelbagai. 

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) Prof. Madya Dr. Raman Nordin yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Shahril Yusof. 

Majlis yang berlangsung santai di Dataran Dewan Canselor berhampiran Tasik UMS berjaya mengamit memori sebahagian para alumni yang pernah melalui tempoh pengajian mereka sepanjang tiga sehingga empat tahun itu.

Beberapa alumni yang ditemui sewaktu majlis itu berpendapat, program pertemuan sebegini seharusnya diteruskan dari semasa ke semasa sebagai platform bagi para alumni bertemu dan beramah mesra sesama alumni, mahupun pihak pengurusan dan kakitangan universiti.

Salah seorang alumni yang hadir, Mohd Rasmalyzan Abd Rashad alumni dari Fakulti Pendidikan dan Psikologi berkata, program seumpama ini dapat menjadi platform terbaik para alumni yang hadir berkongsi maklumat sesama alumni selain menyampaikan pandangan pada pihak pengurusan universiti.

Seorang lagi alumni yang hadir, Abdul Haidy Abdul Hamid yang merupakan alumni Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian tahun 2000 mengharapkan agar program sebegini dapat diadakan secara berkala, agar para alumni dapat hadir dalam satu majlis pertemuan sesama alumni, pengurusan malah para mahasiswa yang ada dapat beramah mesra dengan para alumni.

Pendapat ini turut disokong oleh Amir Shah Noor Ahmad alumni Fakulti Kewangan dan Antarabangsa tahun 2006 yang kini bertugas selaku Pegawai Tadbir Diplomatik di Majlis Keselamatan Negeri Sabah.

Para alumni yang hadir pada majlis itu telah disambut mesra oleh Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr Arif Kamisan Pusiran serta kakitangan Pusat Alumni selaku tuan rumah pada majlis itu.

Para alumni dan tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan petang yang enak serta dihiburkan alunan muzik dari busker yang juga merupakan alumni UMS.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.