Pelajar Baharu Asasi Sains Diingat Manfaat Kemudahan Universiti

asasi 2015sJUMAAT, 29 MEI – Pelajar baharu program Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2015/2016 diingat agar memanfaatkan kemudahan yang tersedia di dalam kampus bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan dan pembelajaran dalam universiti.
 
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UMS, Prof. Madya Dr. Ismail Ali berkata Minggu Suai Mesra yang ditempuhi pelajar-pelajar baharu selama seminggu mampu mempersiapkan diri para pelajar dengan perubahan iklim kehidupan dan pembelajaran.
 
“Pihak universiti khususnya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana canggih serta sumber rujukan lengkap bagi memastikan setiap pelajar menikmati keselesaan sepanjang pengajian berlangsung.
 
“Justeru, pelajar sekalian harus mengamalkan sikap positif dan bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab secara kolektif bersama warga universiti untuk menaikkan nama universiti ke peringkat tinggi,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Minggu Suai Mesra 2015/2016 Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
 
Beliau menambah, para pelajar juga harus melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan universiti dan tidak terikut dengan anasir-anasir tidak berfaedah yang boleh menjejaskan imej universiti.
 
Seramai 340 orang pelajar baharu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpilih untuk mengikuti program pengajian Asasi Sains UMS pada sesi tahun ini. -MA-
 
Bahagian Media dan Citra

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.