UMS Sumbang Lima Lori Air Mineral kepada Hospital dan Masjid Ranau

Gempa-6743JUMAAT, 19 JUN - Pelbagai pihak tampil memberi bantuan kepada penduduk daerah Ranau yang terjejas akibat banjir lumpur baru-baru ini.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Canselori turut menginisiatifkan sumbangan dengan menyalurkan 999 kotak air mineral kepada Hospital Ranau dan Masjid Ar-Rahman. Dengan menggunakan lima buah lori, kesemua sumbangan telah selamat dihantar kelmarin di kedua-dua lokasi berkenaan.

Penyerahan tersebut disampaikan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Shahril Yusof bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin.

Sumbangan itu merupakan hasil keprihatinan warga UMS dan masyarakat sekitar yang terus menerus menyampaikan sumbangan sejurus Jabatan Canselori membuka pusat pengumpulan bantuan pada pagi Rabu. Beberapa sumbangan lain dijangka akan terus diinisiatifkan UMS dalam membantu mangsa gempa bumi dan penduduk yang terjejas banjir.

Sebelum ini, UMS telah memberi sumbangan RM24,000 kepada Persatuan Malim Gunung dan waris mangsa yang terkorban pada tragedi 05 Jun 2015. -SS 

Bahagian Media dan Citra
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.