
Kursus yang berlangsung selama dua minggu itu bertujuan untuk memperkasakan kesediaan para pensyarah dalam pengajaran mereka di samping memastikan tahap pembelajaran para pelajar UMS sentiasa berada pada tingkat yang maksima.
Dalam sesi penyelidikan, penceramahnya, Prof. Dr. Felix Tongkul yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi menekankan mengenai peri pentingnya sumbangan para pensyarah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menurut beliau, pensyarah bukan hanya bertanggungjawab menyampaikan pengajaran kepada para pelajar sahaja, malah mempunyai obligasi sosial terhadap pembangunan masyarakat keseluruhannya.
Sehubungan itu katanya, para pensyarah perlu proaktif dan sentiasa melakukan penyelidikan mengikut bidang masing-masing. –SS
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Jakaria Dasan