
Kali ini video yang berdurasi tiga minit 32 saat itu diterbitkan khas sempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad ini.
Bagai menatang minyak yang penuh filem pendek bertajuk ‘Kekasih Bapa’ mengisahkan tentang kasih seorang bapa tunggal terhadap satu-satunya anaknya. Namun Hazwani selaku watak anak yang dilakonkan Fazhariah April Juel A. Simbaku dan Nadzirah Mohd Razif mengalami sedikit perubahan ketika terpaksa tinggal berjauhan atas tuntutan pekerjaan.
Hazwani jarang pulang ke rumah sehingga bapanya sering bertanya bila dia akan dapat meluangkan masa seperti dahulu, dan akhirnya suatu ketika bapanya dikhabarkan sakit di hospital.
Sempatkah Hazwani bertemu dengan bapanya? Saksikan filem pendek ini di –SS
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori