TCTP Beri Latihan Pemuliharaan Kepada Negara Ketiga

Oleh Salbinous Saribun

tctp rasmiKHAMIS, 06 OGOS - Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) 2015 anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara rasminya membuka tirai hari ini.

Program yang berlangsung selama 22 hari itu akan memberi latihan dan pendedahan kepada semua 17 peserta dari 10 negara-negara membangun berhubung usaha pemuliharaan yang dijalankan di Malaysia khususnya di Sabah.

Turut mendapat kerjasama ‘Japan International Cooperation Agency’ (JICA), program itu juga bagi meningkatkan kesedaran dalam aspek biodiversiti kepada para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan negara masing-masing.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Katanya, program seumpama itu amat bertepatan sebagai medan perkongsian untuk negara-negara yang mengambil bahagian mendapat maklumat baharu dalam mengurus sekali gus mengimplementasi strategi pemuliharaan ekosistem.

Hadir sama wakil JICA Malaysia, Shinobu Yoshizawa dan Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS, Prof. Dr. Charles Santhanaraju Vairappan.

Bahagian Media dan Citra    

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.