HEP LAKSANA PERKASA, 220 ORANG PELAJAR TERLIBAT

msm perkasaJUMAAT, 21 OGOS – Sebagai persediaan program Minggu Suai Mesra (MSM) pada 1 – 7 September depan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program Pembimbing Suai Mesra (PERKASA) di Dewan Kuliah Pusat 13, baru-baru ini. 

Berbeza dengan program BIMBING yang dikhususkan kepada Ketua-ketua Pembimbing Suai Mesra sebelumnya, program PERKASA pada kali ini menyaksikan penglibatan seramai 220 pelajar merangkumi semua jawatankuasa yang bertugas sepanjang MSM.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

Dalam ucapannya beliau berkata, program seumpama itu amat bertepatan bukan sahaja dalam mempersiapkan mahasiswa yang terlibat untuk lebih berkepimpinan semasa MSM, malah sekali gus memberi penerapan nilai-nilai modal insan kelas pertama.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Program, Muhamad Nasir Mohd Azmi dan semua barisan jawatankuasa yang bertungkus lumus bagi menjayakan MSM pada tahun ini.

Dalam pada itu, Dr. Ismail Ali turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 40 ketua-Ketua jawatankuasa program selain menyaksikan pembacaan ikrar aku janji oleh semua peserta.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Minggu Suai Mesra sesi 2015/2016, Prof. Madya Dr. Rasid Mail, Ketua Jabatan HEP Azmi Jumat, Pengerusi Timbalan Dekan HEPA Dr. Mohd. Rahimie Abdul Karim serta pegawai-pegawai dan jawatankuasa induk MSM. -MA

Sumber : Norhana Nordin HEP

Juru foto : Musa Mohd Derin HEP

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.