FSSA KOMITED DALAM PEMULIHARAAN HUTAN TROPIKA.

fssa seminar puliharaSELASA,25 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mengadakan Seminar Antarabangsa Hutan Tropika (Penderiaan Jauh) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 peserta terdiri daripada ahli-ahli akademik, pelajar, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak-pihak yang berkaitan.

Berlangsung selama sehari, seminar itu dikendalikan penceramah berpengalaman iaitu Profesor Emeritus Dr. Wolfgang-Martin Boerner dari  Universiti Illinios,Amerika Syarikat serta pensyarah FSSA UMS, Dr. Keiko Ioki dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Alexius Korom.

Dalam pada itu, Dekan FSSA, Prof Dr. Baba Musta dalam ucapannya berkata, penyahhutanan dan degradasi hutan tropika di Asia Tenggara boleh menyebabkan isu-isu yang serius seperti pelepasan karbon dan kehilangan biodiversiti.

“Justeru, seminar antarabangsa ini akan memberi penekanan penggunaan teknologi pemerhatian bumi dengan satelit gelombang mikro, iaitu teknologi yang sangat penting untuk mencarap maklumat secara konsisten tanpa dipengaruhi keadaan cuaca pada skala global,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan pengerusi seminar,Prof. Madya Dr. Phua Mui How.

Dr. Baba berkata, teknologi penderiaan jauh memainkan peranan penting dalam memahami dan memantau isu-isu itu pada skala yang besar. 

“Oleh yang demikian, seminar ini juga akan menyentuh mengenai satelit resolusi tinggi dan penderiaan jauh udara yang memberikan kita maklumat terperinci tentang permukaan bumi di kawasan-kawasan tertentu. 

“Saya percaya bahawa penggunaan teknologi penderiaan jauh akan menarik minat di antara mereka yang terlibat dalam pemuliharaan dan pengurusan hutan tropika,” tambahnya lagi.

Dr. Baba turut mengalu-alukan kehadiran semua peserta sambil melahirkan rasa terima kasih atas kesudian Dr. Wolfgang menerima jemputan dan menjadi penceramah pada seminar berkenaan.

“Kami mengharapkan agar para peserta mengambil peluang yang sebaik mungkin dalam menimba ilmu dan pengalaman agar kita terus dapat bersama-sama dalam memulihara hutan,” katanya. -SS

 

Sumber: Kenny Uwai, FSSA

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.