PERTANDINGAN GEMA CIPTA UMS 2015 SEMAKIN GAH

gema ciptaSELASA, 25 OGOS – Program Muzik, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa para penggiat seni muzik tempatan untuk menyertai Pertandingan Gema Cipta UMS 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan program tersebut, pertandingan terbuka kepada seluruh warganegara yang tinggal di Sabah tanpa mengira umur dan latar belakang.

Pertandingan kali ini membebaskan para peserta untuk memilih tema lagu mengikut cita rasa masing-masing sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris asalkan tidak mempunyai unsur-unsur negatif.

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap lagu dan jumlah penyertaan adalah tidak melebihi tiga buah lagu untuk setiap seorang.

Pendaftaran yang menjanjikan hadiah lumayan berupa wang tunai dan sijil telah pun dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah 28 September 2015.

Keterangan lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi 012-8296183 (Alex) atau 013-5580137 (Otnel), atau melayari Facebook rasmi Gema Cipta UMS 2015.

Dalam pada itu, Ketua Program Muzik FKSW UMS, Roslee Haji Wahid ketika dihubungi menyokong penuh terhadap acara tersebut yang disifatkan sebagai satu pertandingan yang dinanti-nanti ramai komposer dan penggiat seni di Sabah setiap tahun.

Katanya, penganjuran pertandingan itu bukan sahaja mampu memberi impak positif kepada pelajar muzik di FKSW UMS tetapi dalam masa sama sebagai medium bagi penggiat seni dan pemuzik di Sabah untuk berkarya dan menonjolkan bakat masing-masing.

“Harapan saya agar pertandingan seperti ini akan terus berkesinambungan bagi mencungkil lebih ramai bakat-bakat baru sekali gus menyemarakkan industri muzik dan seni tanah air,” ujarnya.

Acara kemuncak Pertandingan Akhir Gema Cipta UMS bakal berlangsung di Dewan Resital UMS pada 24 Oktober 2015 yang menyaksikan persembahan 10 finalis yang akan berentap seawal jam 7.00 malam.

Pertandingan yang akan diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk pelajar-pelajar Program Muzik UMS diadili komposer dan pemuzik profesional di Sabah. –SS

 

Sumber: Program Muzik FKSW

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.