Pelajar UMS Cemerlang di Program Asas Infosys

Program yang diadakan selama 27 hari itu antara lain bertujuan meningkatkan pengetahuan dan nilai kebolehpasaran pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat.

Majlis penutupannya disempurnakan Timbalan Menteri  Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah di salah sebuah hotel di Melaka.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yap Khong Lim muncul sebagai perserta cemerlang dan dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama pada program berkenaan.

Lima pelajar UMS dari fakulti sama iaitu Liow Chern Jung, Lim Wen Ying, Aminuddin Jamaluddin, Ng Lai Cheng dan Leow Jia Ren turut mempamerkan kecemerlangan dan lulus dalam setiap modul dengan jayanya.

“Program ini sangat menyeronokkan dan kami mendapat pelbagai pengetahuan serta berkenalan dengan ramai sahabat baharu,” kata Liow Chern Jung.

Program Asas Infosys mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan telah melatih lebih 1,500 pelajar dan ahli akademik di seluruh Malaysia.

Tahun ini, ia disertai 13 isntitusi pengajian tinggi yang terdiri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), UMS dan UTeM. –SS

Sumber: Norhayati Daut, FKI

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.