Pesakit Talasemia Gembira UMS Beri Peluang Lanjut Pengajian

Oleh Salbinous Saribun

Clinson pelajar talesmia MODJUMAAT, 04 SEPTEMBER - Pesakit Talasemia, Clinson Mojijang, 20, melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih atas peluang yang diberikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melanjutkan pengajian.

Dia yang menghidap penyakit itu sejak berusia lapan bulan mahu membuktikan masalah kesihatan bukan penghalang untuk memburu Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah).

"Menjadi pesakit Talasemia banyak perkara dihadapi, susah sebenarnya tetapi ini tidak akan menghalang saya untuk cemerlang dalam pelajaran. Setiap bulan saya perlu ke hospital menukar darah dan ini sudah menjadi rutin sejak kecil lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji mahasiswa baharu UMS bagi sesi 2015/2016 di Dewan Canselor.
Clinson dari Kudat adalah antara 100 pelajar baharu yang ditawarkan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMS dibawah pelaksanaan mekanisme mod kemasukan baharu bagi isi rumah 40% terendah sesi 2015/2016 .
Menyedari dirinya bukan daripada keluarga senang, Clinson menjunjung hasrat dan harapan keluarga untuk berjaya dalam pelajaran sekali gus mengubah nasib mereka bersama.
"Saya sangat gembira apabila ditawarkan masuk ke UMS dan masuk universiti merupakan harapan ibu saya dan saya berjaya menunaikannya. Saya akan buat yang terbaik dalam pelajaran demi mereka. Saya mahu merubah nasib keluarga yang susah. Saya mahu meningkatkan taraf hidup keluarga," katanya yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.