Pesilat UMS Jayakan Guinness World Records ‘Largest Silat Lesson’

silat hanafi guiness1JUMAAT, 04 SEPTEMBER - Seramai 13 alumni, 16 pelajar dan seorang staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharumkan nama universiti apabila menjadi antara 12,393 pesilat seluruh negara yang mencipta rekod dalam Guinness World Records ‘Largest Silat Lesson’ Silat Cekak Pusaka Hanafi di Stadium Merdeka baru-baru ini.

Ketua Kontijen UMS, Radika Kalbie berkata, para peserta universiti menunjukkan semangat yang tinggi membawa nama universiti bagi melakar sejarah bertaraf antarabangsa itu.

“Acara ini bukan setakat menunjukkan penyertaan pesilat paling ramai di dunia tetapi sebagai satu usaha memartabatkan seni silat negara,” ujarnya ketika dihubungi media.

Beliau menambah, pencapaian itu juga sekali gus menunjukkan bahawa silat masih lagi relevan dalam kehidupan moden apatah lagi rata-rata pesilat yang turut menjayakan acara itu adalah golongan remaja dan belia.

Jelas beliau, ciptaan Guinness World Records itu  sangat mencabar kerana pelbagai syarat ketat perlu dipatuhi.

“Namun, semua peserta UMS serta pesilat-pesilat lain dapat memenuhi segala syarat-syarat tersebut sehingga disahkan sebagai satu ciptaan rekod baharu,” tambahnya lagi.

Selain menyasarkan untuk mencipta rekod dunia, kejayaan itu juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015, dan juga sambutan 50 tahun seni silat cekak di negara ini.

Kejayaan itu yang diketuai Pewaris Mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi, Dr Md Radzi Hanafi turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. –SS

Sumber: Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi UMS

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.