3,000 Warga UMS Raikan Hari Sukan Negara

Oleh Faezah Mohamad Dun

ISNIN, 12 OKTOBER - Seramai 3,000 pelajar dan staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyokong dan sekaligus turut serta dalam sambutan Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di seluruh negara baru- baru ini.

Menyahut saranan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada bulan Mac lalu, UMS turut menjadikan pelancaran hari sukan negara sebagai salah satu sejarah universiti apabila ianya turut disertai oleh kumpulan rangkaian Maybank cawangan Alamesra.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, adalah menjadi tanggungjawab warga universiti untuk memberi sokongan terhadap program hari sukan negara dan seterusnya menjadikan sukan sebahagian daripada amalan hidup seharian.

“Sambutan hari sukan negara ini merupakan satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai Sporting Nation,” ujarnya.

Tambahnya, amalan gaya hidup cergas dan aktif dapat membantu mencegah penyakit kronik dalam kalangan masyarakat.

Pada pelancaran tersebut turut diadakan acara berbasikal, Senamrobik Perdana serta demonstrasi sukan Frisbee dan Floorball.

Turut hadir, Ketua Perkhidmatan Kwangan Komuniti Maybank, Tuan Haji Hamirullah Boorhan serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan Universiti.

Foto : Ernest Berinus

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.