Ceramah Kepimpinan dapat Sambutan Hangat Kakitangan UMS

SELASA, 13 OKTOBER - Ceramah Kepimpinan dan Pengurusan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Kolonel (K) Prof. Tan Sri Dr. Hj Mohd Shukor Hj. Mahfar mendapat sambutan hangat daripada warga kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dengan tema ‘Driven by Vision, Fuelled by Creativity and Innovation,’ ceramah selama dua jam itu langsung tidak memberi ruang rasa bosan dan mengantuk kepada semua hadirin.

Beliau berkongsi pengalaman bagaimana pendekatan secara kreatif dan berinovasi di LHDN telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian organisasi khususnya dalam peningkatan jumlah kutipan cukai dan produktiviti.

Tan Sri Mohd. Shukor turut merungkai rahsia disebalik teknik kepimpinan dan pengurusan yang diamalkannya sehingga ramai kakitangan LHDN yang senang serta menjadikan beliau sebagai idola dan sumber inspirasi.

“Saya mengamalkan Teori Sun Tzu yang berbunyi, In order to win a war, you must win the heart of your soldiers,” katanya penuh ceria di Dewan Bankuasi.

Beliau kemudiannya turut menyaksikan pelancaran Buku Autobiografi Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah yang bertajuk Sebuah Perjalanan dari Desa ke Puncak Menara Gading.

Buku yang menceritakan kisah perjalanan hidup Datuk Harun dari awal sehingga mencapai kejayaan pada masa kini, dilancarkan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi.

Dengan harga RM35 senaskah, buku tersebut boleh dibeli melalui Penerbit UMS.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS dan Pegawai-pegawai Utama universiti.

Foto: Johaidi Ismail

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.