Pelajar UMS dapat Manfaat Melalui ‘Semarak Samudera’

KHAMIS, 29 OKTOBER – Seramai 15 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat manfaat melalui program Semarak Samudera anjuran Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA),  baru-baru ini.

Program anjuran bersama Seranta (FELDA) Negeri Sabah dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu merupakan satu daripada inisiatif PERSADA UMS dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara.

Menurut penyelia program, Rohani Hadi, objektif utama Semarak Samudera  adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian sejagat.

Pada program tersebut, para peserta telah berkesempatan mengikuti aktiviti berkumpulan rentas halangan serta taklimat keselamatan dan peluang kerjaya dalam PDRM.

Taklimat keselamatan disampaikan Ketua Staf PGA Briged Sabah, Superitenden Kamaruzaman Ibrahim dan pegawai latihan batalion 16 PGA Briged Sabah, Penolong Penguasa Polis (ASP) Mohd Rizal Abdullah.

Turut hadir pada program tersebut, Ketua Seranta (FELDA) Negeri Sabah, Asmarah Rikun. -ZMD

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.