UMS Sertai ASEAN Forward : Soaring To A Greater Height

JUMAAT, 13 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghantar sembilan pelajar  termasuk dua pelajar antarabangsa bagi menyertai Asean Forward: Soaring to A Greater Height yang berlangsung di Universiti Malaya, baru-baru ini.

Program anjuran sekretariat Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM) itu bertujuan melahirkan pemimpin muda yang peka terhadap isu-isu di peringkat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Menurut pengawai pengiring, Kim Asbiyallah Shah Akim, program tersebut antara lain memberi peluang kepada para siswa-siswi di Malaysia untuk berkongsi idea,  visi serta aspirasi yang terdapat pada persatuan tersebut.

“Program ini juga mengumpulkan panel-panel yang berpengalaman dalam forum ‘Leaders of Tomorrow’, ‘Regional integration: then roles of youth leaders’ dan ‘Global volunteerism-trend or needs’,” uajrnya ketika dihubungi media.

Program tersebut telah dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Sumber : Norhana Nordin HEPA

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.