![](http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/november_2015/HassanalAgnesKeith.jpg)
Aktiviti yang diadakan selama empat hari itu membawa para peserta menjelajah daerah Kinabatang dan Sandakan yang mempunyai kisah sejarah dan tarikan pelancongan tersendiri.
Menurut pengarah program yang juga pensyarah kanan FPEP, Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, program tersebut disertai 17 pelajar program prasiswazah dan empat pelajar pascasiswazah dengan diiringi empat pensyarah.
“Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jejak Warisan(Heritage Trails) di sekitar Sandakan dengan mengunjungi Agnes Keith House iaitu sebuah rumah bersejarah yang mempunyai reka bentuk kolonial British,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, para peserta juga turut didedahkan dengan pembangunan pelancongan dan pertanian lestari melalui seminar yang dirasmikan Dekan Fakulti Pertanian Lestari, Profesor Dr. Wan Mohammad Wan Othman.
Program SSVP turut membawa peserta singgah ke Miso Walai Homestay Kinabatangan yang terkenal dengan tujuh jenis hutan dan pelbagai spesies monyet, burung serta gajah terkecil di dunia.
Sumber: FPEP