
Presiden PPUMS, Azmi Jumat berkata, inisiatif penganjuran itu bagi memastikan para ahlinya yang juga pegawai bukan akademik tidak melupakan penjagaan kesihatan di samping kesibukan melaksanakan tugasan harian.
“Dalam masa yang sama, program ini juga sekali gus mengeratkan silaturahim sesama ahli persatuan melalui beberapa pertandingan sukan seperti bola jaring serta bola tampar dan futsal campuran,” katanya ketika berucap pada aktiviti tahunan persatuan itu di UMS Arena.
Yang turut dihadiri Pendaftar merangkap Penasihat PPUMS, No’man Datuk Hj. Ahmad.
Azmi turut memaklumkan, PPUMS telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan pada tahun 2016 seperti persidangan dan program-program berbentuk khidmat masyarakat.
Sebagai rekod, PPUMS mempunyai 210 ahli yang terdiri daripada pelbagai skim dan gred jawatan.
Sumber : Norhana Nordin HEP
Foto: PPUMS