
Pengetua KKTM, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin berkata, program itu diadakan sebagai persediaan dan pendedahan para pelajar Pra-Universiti sekolah itu mengenai realiti kehidupan akademik di universiti sebelum melangkah ke menara gading.
“Pada program ini para peserta juga diberi penerangan mengenai keperluan memahami fakta-fakta diri sebelum memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Ujar beliau, antara aktiviti yang diadakan ialah ‘Ceramah Menuju Puncak’ yang memberi pendedahan kepada peserta tentang hala tuju selepas menamatkan pembelajaran di sekolah menengah.
“Selain itu, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan bertujuan untuk meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri peserta serta mewujudkan kerjasama dalam satu kumpulan,” tambahnya.
Program bercorak kepimpinan itu diadakan selama lima hari di KKTM melibatkan 30 mahasiswa dan 34 pelajar Pra-Universiti SMK Bugaya bersama lapan guru pengiring.
Sumber: KKTM